Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad.
Novel Julia mengisahkan Julia yang dihantar ke Perth,Australia oleh kedua-dua ibu bapanya untuk belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College, dengan hasrat menyelamatkan Julia daripada terus hanyut dipengaruhi rakan-rakan yang tiada haluan hidup di Kuala Lumpur.
Sejak belajar di situ, iman Julia semakin hari semakin teguh dan banyak mempunyai kenalan. Julia juga berkenalan dengan seorang lelaki Cina, Jun. Dua tahun kemudian, pada suatu hari,Julia menerima khabar tentang kemalangan jalan raya yang menimpa kedua-dua ibu bapanya lalu terus pulang ke Kuala Lumpur. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan Julia merupakan anak sulung dalam keluarga.
Syarikat BMPRO Holding banyak menghadapi masalah kerana keadaan jerebu yang melanda negara. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.
Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.
Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.
Plot
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Berdasarkan novel Julia, plotnya bergerak secara tidak kronologi.
Permulaan watak Julia diperkenalkan sebagai gadis yang lincah dan tidak bebas. Dia merupakan anak gadis Datuk Bakar dan Datin Maznah. Julia dihantar ke Perth,Australia oleh kedua-dua ibu bapanya untuk belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College, dengan hasrat menyelamatkan Julia daripada terus hanyut dipengaruhi rakan-rakan yang tiada haluan hidup di Kuala Lumpur. Julia telah bertemu dengan Jun dalam kabin kapal terbang.
Perkembangan plot bermula dengan keadaan Julia tinggal bersama pak cik Kharil dan Mak Cik Nadia di Perth. Sejak belajar di situ, iman Julia semakin hari semakin teguh dan banyak mempunyai kenalan walaupun sering terkenang akan kawan-kawannya di Malaysia. Dua tahun kemudian, pada suatu hari,Julia menerima khabar tentang kemalangan jalan raya yang menimpa kedua-dua ibu bapanya lalu terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perumitan dalam perjalanan hidup Julia bermula dengan musibah yang ditimpa keluarga Julia. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa kedua-dua orang ibu bapanya. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan Julia merupakan anak sulung dalam keluarga. Syarikat BMPRO Holding banyak menghadapi masalah termasuklah keadaan jerebu yang melanda negara, perampasan Butik BMPRO Sdn Bhd oleh bapa saudaranya, Syed Mustaffa, perletakan jawatan oleh pengurus besar, Encik Hashim dan kemerosotan perniagaan BMPRO Transport. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia. Akhirnya, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai.
Kemuncak berlaku ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya. Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu telah muncul. Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim.
Pada peleraian novel,Jun dan Julia telah berkahwin sempena pelancaran Homestay yang dirasmikan oleh Perdana Menteri. Mereka menjadi pasangan pengantin yang cukup istimewa dan membuka lembaran baru dalam industri pelancongan negara ini.
Tema
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Novel Julia menggarapkan tema pengorbanan dan kegigihan seorang wanita muda untuk mengharungi cabaran dalam kehidupan dan dunia korporat.
Tema ini ditunjukkan melalui keadaan Julia, watak utama dalam novel ini. Julia sanggup mengorbankan usia mudanya untuk belajar agama di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Untuk belajar di Australia, Julia terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang dan kawannya di Kuala Lumpur.
Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa menangguhkan pelajarannya di Australia dan mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan Julia merupakan anak sulung dalam keluarga. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap berusaha untuk memulihkan perniagaan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd.
Julia telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding yang banyak menghadapi masalah Sebagai contoh, keadaan jerebu yang melanda negara, perampasan Butik BMPRO Sdn Bhd oleh bapa saudaranya, Syed Mustaffa, perletakan jawatan oleh pengurus besar, Encik Hashim dan kemerosotan perniagaan BMPRO Transport menyebabkan Julia sentiasa berusaha untuk mengatasi cabaran tersebut.
Julia turut gigih mengusahakan projek Homestay dengan kerjasama Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours, milik keluarga Jun. Projek Homestay akhirnya berjaya dilancarkan manakala Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd berjaya dipulihkan atas usaha dan kegigihan Julia.
Persoalan
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Terdapat pelbagai persoalan yang diungkap dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel Julia, persoalan pertama yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan seorang wanita muda dalam mengharungi cabaran hidup. Julia, iaitu watak utama yang terdapat dalam novel telah menunjukkan kegigihan untuk menghadapi cabaran hidup, terutamanya selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Julia telah berusaha membangunkan perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Selain itu, persoalan remaja Malaysia yang runtuh akhlak turut ditunjukkan dalam novel Julia. Rashid, Han, Wei, Jef dan Muna yang merupakan rakan jalanan Julia semasa remaja, sering terjebak dengan gejala maksiat Sebagai contoh, mereka mengamalkan pergaulan bebas serta sering berfoya-foya dan melepak. Pada akhir cerita,Rashid telah ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah.
Persoalan yang seterusnya ialah kasih sayang terhadap ahli keluarga. Julia telah menunjukkan kasih sayang terhadap adik-adiknya sehingga sanggup berhenti belajar demi menjaga dan membesarkan mereka. Julia juga sayang akan ibu bapanya. Julia memahami harapan ibu bapanya yang hantarnya belajar agama di Australia. Julia patuh dengan arahan ibu bapanya dan berjanji tidak akan menghampakan harapan mereka.
Di samping itu, persoalan percintaan yang murni antara pasangan yang berbeza kaum turut diutarakan oleh pengarang. Julia telah berkenalan dengan seorang lelaki Cina dalam perjalanan ke Australia. Jun sentiasa berada di sisi Julia dan memberi galakan serta dorongan kepada Julia agar terus tabah menghadapi cabaran. Jun sentiasa mengambil berat terhadap Julia khasnya selepas kematian kedua-dua ibu bapanya.
Watak Utama
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Watak utama yang diutarakan dalam novel ialah Julia. Julia ialah anak kepada Datuk Bakar dan Datin Maznah. Sebelum dihantar ke Australia untuk belajar agama di Hidayah Islamic college, Julia merupakan seorang remaja yang lasak, suka melepak, bermotor, ronda-ronda bersama rakan jalanannya iaitu Rashin, Muna, Jef, Han dan Wei.
Julia digambarkan sebagai seorang yang berani. Julia berani menerima keputusan ibu bapanya untuk belajar di Australia dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup di bumi asing. Selain itu, sifat keberanian Julia turut ditunjukkan dalam pengambilalihan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd selepas kematian ibu bapanya. Dunia perniagaan digambarkan sebagai medan pertempuran dan Julia berani bersaing di dalamnya. Segala masalah dan risiko di hadapi Julia dengan berani. Keberanian beliao terseriah apabila berhadapan dengan Encik Baharom yang digambarkan sebagai singa lapar. Encik Baharom akhirnya mengakui kesilapan dan menangis tersedu-sedu.
Selain itu, Julia merupakan seorang gadis yang sentiasa gigih berusaha dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa menangguhkan pelajarannya di Australia dan mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga . Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap berusaha untuk memulihkan perniagaan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan gigih menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, Julia berusaha menjayakan projek Homestay sebagai salah satu cara untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd.
Julia seorang gadis yang penuh dengan sifat bertanggungjawab. Julia sentiasa mengingati pesanan ibunya tentang tanggungjawab dirinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Oleh hal yang demikian, selepas kematian kedua-dua ibu bapanya, Julia bertanggungjawab mengambil alih Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab terhadap keluarga. Julia sanggup menangguhkan pelajarannya dan menjaga serta membesarkan adik-adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Julia juga mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding dengan penuh bertanggungjawab.
Di samping itu, Julia juga digambarkan sebagai individu yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Hal ini jelas kelihatan melalui tindakan Julia dalam menyelesaikan segala masalah dan cabaran yang berlaku dalam pengurusan syarikan BMPRO. Sebagai contoh, untuk mengenal pasti sebab kemerosotan perniagaan BMPRO Transport, Julia menyamar dan menaiki bak milik syarikat dari Kuala Lumpur ke Banting. Segala punca kelemahan dilihatnya sendiri.
Watak sampingan
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Terdapat banyak watak sampingan yang digunakan oleh pengarang termasuklah Jun.
Jun ialah seorang lelaki berbangsa Cina tetapi telah memeluk Islam selepas kematian kakaknya yang bernama Julia. Jun memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Jun berkenalan dengan Julia pada kali pertamanya di atas pesawat dalam perjalanan Julia ke Australia. Pertemuan Jun telah menarik perhatian Julia.
Jun seorang pemuda yang penyayang. Jun pandai mengambil hati Julia dan sentiasa mengambil berat tentang diri Julia. Selepas kematian ibu bapa Julia, Jun sentiasa mengirimkan e-mel dan menghubungi Julia melalui telefon untuk memberi galakan dan dorongan kepadanya agar tabah menghadapi dugaan hidup. Di samping itu, Jun sentiasa memberi perangsang dan keyakinan kepada Julia serta tidak lekok untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan perniagaan.
Selain itu, Jun merupakan seorang lelaki yang mudah memberi kerjasama. Hal ini digambarkan melalui tawarannya kepada Julia untuk melaksanakan program usaha sama antara Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dengan Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours, syarikat milik keluarga Jun. Mereka bekerjasama mengadakan projek Homestay sebagai usaha memulihkan syarikat Julia.
Di samping itu, digambarkan sebagai seorang yang mahir dalam selok belok bidang korporat. Pengalamannya luas dalam menguruskan perniagaan keluarga, iaitu Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours. Kecekapannya jelas kelihatan dengan kejayaannya menguruskan syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Mereka berjaya menguasai pasaran di Tokyo, Taiwan dan Jepun.
Watak sampingan~antagonis
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Dalam novel Julia, Rashid memainkan watak antagonis yang menimbulkan konflik dalam kehidupan Julia.
Rashid merupakan rakan jalanan Julia sebelum Julia belajar agama di Australia. Dia sentiasa melepak, berfoya-foya dan bergaul bebas dengan rakan-rakan jalanannya,Muna, Jef, Han dan Wei. Dia merupakan seorang pemuda yang tidak bermoral. Dia mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan lelaki wanita dibatasi oleh agama. Buktinya, Rashid sentiasa melakukan maksiat dan bergaul bebas dengan rakan jalanannya.
Rashid juga merupakan seorang lelaki yang tidak memahami perasaan orang lain. Hal ini jelas kelihatan apabila Rashid cuba mengajak Julia keluar berfoya-foya sedangkan Julia baru sahaja kematian ibu dan bapa. Kemunculan Rashid memberikan tekanan kepada Julia. Rashid mendesak Julia agar kembali ke pangkuannya dan mengugut akan membocorkan segala rahsia Julia kepada orang ramai.
Percakapan Rashid juga seperti orang gila. Dia tidak menghormati orang tua. Buktinya, dia berlagak samseng di rumah Julia menyebabkan nenek membuat laporan polis kerana tidak mahu Rashid datang ke rumah Julia lagi.
Rashid digambarkan sebagai seorang yang tamak. Dia berhasrat berkongsi harta kekayaan Julia selepas kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.
Pada akhir cerita, Rashid ditangkap polis kerana disyaki mengedar dadah. Julia berasa syukur kerana tindakan ibu bapanya menghantarnya ke Australia telah menyelamatkannya.
Nilai
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Terdapat banyak nilai yang diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.
Nilai pertama ialah nilai kegigihan. Nilai ini jelas terpampang melalui perwatakan Julia. Julia merupakan seorang gadis yang sentiasa gigih berusaha dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa menangguhkan pelajarannya di Australia dan mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga . Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap berusaha untuk memulihkan perniagaan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan gigih menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, Julia berusaha menjayakan projek Homestay sebagai salah satu cara untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd.
Nilai seterusnya ialah nilai keberanaian. Sebagai contoh, Julia digambarkan sebagai seorang yang berani. Julia berani menerima keputusan ibu bapanya untuk belajar di Australia dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup di bumi asing. Selain itu, sifat keberanian Julia turut ditunjukkan dalam pengambilalihan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd selepas kematian ibu bapanya. Dunia perniagaan digambarkan sebagai medan pertempuran dan Julia berani bersaing di dalamnya. Segala masalah dan risiko di hadapi Julia dengan berani. Keberanian beliao terseriah apabila berhadapan dengan Encik Baharom yang digambarkan sebagai singa lapar. Encik Baharom akhirnya mengakui kesilapan dan menangis tersedu-sedu.
Selain itu, nilai bertanggungjawab juga diguna oleh pengguna dalam novel ini. Nilai ini ditunjukkan pada diri Julia yang penuh dengan sifat bertanggungjawab. Julia sentiasa mengingati pesanan ibunya tentang tanggungjawab dirinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Oleh hal yang demikian, selepas kematian kedua-dua ibu bapanya, Julia bertanggungjawab mengambil alih Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab terhadap keluarga. Julia sanggup menangguhkan pelajarannya dan menjaga serta membesarkan adik-adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Julia juga mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding dengan penuh bertanggungjawab.
Nilai kebijaksanaan diutarakan pengarang melalui perwatakan Julia. Julia juga digambarkan sebagai individu yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Hal ini jelas kelihatan melalui tindakan Julia dalam menyelesaikan segala masalah dan cabaran yang berlaku dalam pengurusan syarikan BMPRO. Sebagai contoh, untuk mengenal pasti sebab kemerosotan perniagaan BMPRO Transport, Julia menyamar dan menaiki bak milik syarikat dari Kuala Lumpur ke Banting. Segala punca kelemahan dilihatnya sendiri.
* nilai kemanusiaan~ kasih sayang, berani, tabah, kegigihan, bijaksana, yakin diri, taat, patuh
* nilai kemasyarakatan~ bekerjasama (Syarikat Jun dan Syarikat Julia), bersatu padu
* nilai keislaman~ patuh kepada ajaran agama(Rashid, Julia), mempelajari ilmu agama (Julia belajar agama di Australia) berhijrah (Julia ke Australia)
Nilai kegigihan
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Berdasarkan novel, nilai kegigihan dapat dibuktikan melalui watak Julia dan Datuk Abu Bakar.
Datuk Abu Bakar seorang ayah yang bersungguh-sungguh mencari rezeki bagi menyara keluarganya. Datuk Bakar, koporat Melayu telah berusaha memajukan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd di samping memajukan bidang pelancongan di Malaysia.
Selain itu, Julia merupakan seorang gadis yang sentiasa gigih berusaha dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa menangguhkan pelajarannya di Australia dan mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga . Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap berusaha untuk memulihkan perniagaan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan gigih menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
Julia telah banyak berusaha untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding yang banyak menghadapi masalah .Sebagai contoh, keadaan jerebu yang melanda negara, perampasan Butik BMPRO Sdn Bhd oleh bapa saudaranya, Syed Mustaffa, perletakan jawatan oleh pengurus besar, Encik Hashim dan kemerosotan perniagaan BMPRO Transport menyebabkan Julia sentiasa berusaha untuk mengatasi cabaran tersebut.
Julia turut gigih mengusahakan projek Homestay dengan kerjasama Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours, milik keluarga Jun. Projek Homestay akhirnya berjaya dilancarkan manakala Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd berjaya dipulihkan atas usaha dan kegigihan Julia.
Pengajaran
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Terdapat banyak pengajaran yang cuba diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.
Setiap insan hendaklah gigih berusaha dalam kehidupan seperti yang ditunjukkan oleh Julia dalam novel ini. Julia merupakan seorang gadis yang sentiasa gigih berusaha dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa menangguhkan pelajarannya di Australia dan mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga . Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap berusaha untuk memulihkan perniagaan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan gigih menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, Julia berusaha menjayakan projek Homestay sebagai salah satu cara untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd.
Selain itu, kita hendaklah tabah dan berani menghadapi segala dugaan. Sebagai contoh, Julia digambarkan sebagai seorang yang berani. Julia berani menerima keputusan ibu bapanya untuk belajar di Australia dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup di bumi asing. Selain itu, sifat keberanian Julia turut ditunjukkan dalam pengambilalihan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd selepas kematian ibu bapanya. Dunia perniagaan digambarkan sebagai medan pertempuran dan Julia berani bersaing di dalamnya. Segala masalah dan risiko di hadapi Julia dengan berani. Keberanian beliao terseriah apabila berhadapan dengan Encik Baharom yang digambarkan sebagai singa lapar. Encik Baharom akhirnya mengakui kesilapan dan menangis tersedu-sedu.
Kita juga patut bertanggungjawab dalam melakukan setiap perkara seperti yang dilakukan oleh Julia. Julia sentiasa mengingati pesanan ibunya tentang tanggungjawab dirinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Oleh hal yang demikian, selepas kematian kedua-dua ibu bapanya, Julia bertanggungjawab mengambil alih Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab terhadap keluarga. Julia sanggup menangguhkan pelajarannya dan menjaga serta membesarkan adik-adiknya dengan penuh bertanggungjawab. Julia juga mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan Syarikat BMPRO Holding dengan penuh bertanggungjawab.
Di samping itu, kita haruslah bertindak dan berfikir dengan bijak. Julia berjaya mengatasi segala cabaran hidup dan masalah syarikatnya atas kebijaksanaannya. Sebagai contoh, untuk mengenal pasti sebab kemerosotan perniagaan BMPRO Transport, Julia menyamar dan menaiki bak milik syarikat dari Kuala Lumpur ke Banting. Segala punca kelemahan dilihatnya sendiri.
Latar tempat~
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Terdapat banyak latar tempat yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Latar tempat yang diutarakan dalam novel Julia meliputi Malaysia dan Australia.
Di Malaysia, Pejabat BMPRO Holding Sdn Bhd digunakan sebagai latar tempat. Pejabat tersebut merupakan tempat tempat Julia menjalankan kerja-kerja pentadbiran syarikat BMPRO yang ditinggalkan oleh ayahnya. Di sinilah Julia banyak menghadapi masalah dan tekanan dalam pekerjaan seperti masalah jerebu yang menjejaskan perniagaan syarikat dan perletakan jawatan Encik Hashim. Selain itu, latar tempat yang digunakan juga merangkumi kawasan perkuburan Bukit Kiara yang dikunjungi Julia pada suatu pagi bersama ahli keluarganya. Di sinilah Julia terkejut apabila Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . muncul melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim.
Di Australia pula, Hidayah Islamic College digunakan sebagai latar tempat. Kolej tersebut merupakan tempat Julia mempelajari ilmu agama dan perniagaan. Julia menjadi lebih teguh dan banyak berkenalan dengan kawan baru di sana. Julia juga berkenalan dengan Jun yang menjadi suaminya pada akhir cerita di kolej tersebut. Perth merupakan tempat pertama yang dikunjung Julia dan ibunya setiba di Australia. Mereka diiringi Mak Cik Nadia bersiar-siar di sekitar Bandar Perth.Julia tinggal di rumah Pak Cik Khairil di Madison Garden.
Latar Masa
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Peristiwa yang berlaku dalam Novel Julia berlaku pada masa kini, iaitu sekitar tahun 1997 hingga 1998.
Ketika itu, negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Banyak syarikat yang menghadapi masalah pada masa itu termasuklah Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd yang dimiliki oleh ayah Julia. Selain itu, pada masa itu, negara kita dilanda masalah jerebu. Hal tersebut telah menyebabkan industri pelancongan di negara kita yang merupakan asas perniagaan syarikat BMPRO terjejas.
Peristiwa yang dipaparkan adalah mengikut urutan waktu. Sebagai contoh, pada waktu pagi, JuJulia bekerja di pejabat Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd yang terletak di Kuala Lumpur. Pada waktu petang pula, ibu tiri Julia menjalankan perniagaan di butiknya. Pada waktu malam, Julia mengimbas kembali peristiwa di kelab malam bersama rakan-rakan jalanannya, Rashid, Han, Wei, Jef dan Muna.
Latar Masyarakat *
Saya membaca novel Julia yang dikarang oleh Abu Hassan Morad. Dalam novel ini, banyak latar masyarakat yang cuba diceritakan oleh pengarang.
Dalam novel, pengarang cuba menggambarkan remaja Malaysia yang runtuh akhlak turut ditunjukkan dalam novel Julia. Rashid, Han, Wei, Jef dan Muna yang merupakan rakan jalanan Julia semasa remaja, sering terjebak dengan gejala maksiat Sebagai contoh, mereka mengamalkan pergaulan bebas serta sering berfoya-foya dan melepak. Pada akhir cerita, Rashid telah ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah.
Selain itu, latar masyarakat yang tabah dan berani menghadapi segala dugaan diungkap dalam novel ini. Sebagai contoh, Julia digambarkan sebagai seorang yang berani. Julia berani menerima keputusan ibu bapanya untuk belajar di Australia dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup di bumi asing. Selain itu, sifat keberanian Julia turut ditunjukkan dalam pengambilalihan Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd selepas kematian ibu bapanya. Dunia perniagaan digambarkan sebagai medan pertempuran dan Julia berani bersaing di dalamnya. Segala masalah dan risiko di hadapi Julia dengan berani. Keberanian beliao terseriah apabila berhadapan dengan Encik Baharom yang digambarkan sebagai singa lapar. Encik Baharom akhirnya mengakui kesilapan dan menangis tersedu-sedu.
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel juga merangkumi golongan wanita yang gigih mengharungi cabaran hidup. Sebagai contoh, Julia, iaitu watak utama dalam novel telah menunjukkan kegigihan untuk menghadapi cabaran hidup, terutamanya selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Julia telah berusaha membangunkan perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang sayang kepada ahli keluarga. Julia telah menunjukkan kasih sayang terhadap adik-adiknya sehingga sanggup berhenti belajar demi menjaga dan membesarkan mereka. Julia juga sayang akan ibu bapanya. Julia memahami harapan ibu bapanya yang hantarnya belajar agama di Australia. Julia patuh dengan arahan ibu bapanya dan berjanji tidak akan menghampakan harapan mereka.
------------------Perbandingan-------------------
Tema
Bandingan tema dibuat berdasarkan novel Julia dan Perlumbaan Kedua. Kedua-dua buah novel menggarapkan tema yang berbeza.
Tema novel Julia ialah kegigihan seorang wanita muda dalam mengharungi cabaran hidup. Julia, iaitu watak utama yang terdapat dalam novel telah menunjukkan kegigihan untuk menghadapi cabaran hidup, terutamanya selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Julia telah berusaha membangunkan perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Sebaliknya, novel Perlumbaan Kedua bertemakan kebijaksanaan dapat mengatasi kekuatan fizikal. Sebagai contoh, Tuk Kura, iaitu watak utama novel Perlumbaan Kedua, pandai menggunakan akal fikiran. Walaupun Tuk Kura berusia 119 tahun, dan pergerakannya lambat, Tuk Kura menggunakan kebijaksanaannya untuk menewaskan Sang Arnab Putih yang cergas berlari. Tuk Kura menggunakan perancangan yang bijak iaitu dengan melantunkan badan dari puncak bukit hingga ke garisan penamat dan memenangi Perlumbaan Kedua.
Watak Utama
Bandingan tema dibuat berdasarkan novel Julia dan Perlumbaan Kedua. Kedua-dua watak utama dalam novel Julia dan Perlumbaan Kedua mempunyai persamaan dan perbezaan dalam perwatakan mereka.
Berdasarkan novel Julia, Julia, iaitu watak utama digambarkan sebagai seorang wanita yang bijak menghadapi masalah. Hal ini jelas kelihatan melalui tindakan Julia dalam menyelesaikan segala masalah dan cabaran yang berlaku dalam pengurusan syarikan BMPRO seperti dalam mengenal pasti sebab kemerosotan perniagaan BMPRO Transport. Perwatakan bijaksana turut terpapar pada diri Tuk Kura dalam novel Perlumbaan Kedua. Sebagai contoh, Tuk Kura menggunakan kebijaksanaannya untuk menewaskan Sang Arnab Putih yang cergas berlari. Tuk Kura melantunkan badan dari puncak bukit hingga ke garisan penamat dan memenangi Perlumbaan Kedua.
Dalam novel Julia, Julia seorang gadis yang penuh dengan sifat bertanggungjawab. Julia sentiasa mengingati pesanan ibunya tentang tanggungjawab dirinya sebagai anak sulung dalam keluarga. Oleh hal yang demikian, selepas kematian kedua-dua ibu bapanya, Julia bertanggungjawab mengambil alih Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd serta memikul tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya, dalam novel Perlumbaan Kedua, Tuk Kura mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Tuk Kura sentiasa bersabar untuk mencapai kejayaan dalam perlumbaannya. Walaupun disalahfaham oleh kaum sendiri dan didera mereka, Tuk Kura tetap bersabar dan cekal untuk berlumba dengan Sang Arnab Putih.
- 20:53
- 2 Comments